I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 14 December 2011

PLANET YANG IDEAL

Sedar atau tidak bumi yang kita diami merupakan sebuah planet yang paling sesuai untuk kehidupan.Terdapat banyak sistem kompleks yang sempurna dan berlaku tanpa henti. Ia telah disebut dalam al-Quran sebanyak 450 kali dengan penjelasan yang begitu menakjubkan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " Dan jika kamu bertanya kepada mereka :  Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Nescaya mereka akan menjawab : " Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan  Dia membuat jalan di atas bumi untuk kami supaya kamu mendapat petunjuk . " ( Surah al-Zukhruf 43 " 9 - 10 )



Tuesday, 13 December 2011

BURUJ



Kamu tentu pernah melihat banyak bintang yang berkelip di langit pada waktu malam.Sebenarnya ,terdapat banyak bintang lain seperti matahari di angkasa lepas.Cuma, Matahari merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi kita.


Jika kamu perhatikan dengan teliti,terdapat gugusan bintang yang seolah-olah membentuk suatu corak tertentu.Gugusan bintang itu dipanggil buruj.


Sebenarnya,kedudukan bintang-bintang itu secara kebetulan membentuk suatu corak tertentu apabila bintang-bintang itu disambungkan.






Contohnya buruj yang menyerupai bentuk haiwan  ialah :
Skorpio (kala jengking) .






Buruj Biduk : bentuk beruang












Buruj Belantik pula menyerupai bentuk seorang pahlawan.


















Buruj Pari pula berbentuk palang.














Buruj sebagai penunjuk arah
Buruj dapat membantu manusia menentukan arah dengan bertindak sebagai kompas.Pelaut dan pengembara zaman dahulu sentiasa merujuk kepada buruj sebagai penunjuk arah.


Ada buruj yang sentiasa menunjuk ke suatu arah tertentu.
Contohnya buruj Biduk mempunyai sebiji bintang yang sentiasa menuju ke arah utara.


Bintang di hujung buruj Pari pula sentiasa menuju ke arah selatan.




Sunday, 11 December 2011

AHLI LAIN DALAM SISTEM SURIA


ASTEROID

Asteroid adalah objek terapung di angkasa yang terdiri daripada campuran batu dan logam.


Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.Ada asteroid sekecil batu kelikir dan ada yang sebesar separuh Bumi.

Asteroid bergerak mengelilingi Matahari dan juga dikenali planet kecil.

Kebanyakkan asteroid bergerak dalam orbit antara planet Marikh dengan Musytari.Kawasan ini dikenali sebagai jalur asteroid.






METEOROID,METEOR DAN METEORIT


Meteoroid adalah batu berlogam yang terapung-apung dalam Sistem Suria.Meteoroid mempunyai pelbagai saiz.




Apabila meteoroid terapung terlalu dekat dengan Bumi,meteoroid akan ditarik masuk ke dalam atmosfera Bumi dengan daya tarikan graviti Bumi.


Meteoroid yang memasuki ruang atmosfera Bumi dikenal meteor.


Geseran antara meteor itu dengan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu terbakar.Ini menghasilkan satu coretan cahaya dilangit.Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.



Ada meteor yang habis terbakar sebelum mencecah permukaan Bumi.Meteor yang tidak habis terbakar dan berjaya sampai ke permukaan Bumi dikenal sebagai meteorit.


Meteorit yang terhempas di permukaan Bumi membentuk lubang yang dipanggil kawah.


Arizona , Amerika Syarikat pernah dihempap oleh meteorit.

Thursday, 8 December 2011

GERHANA MATAHARI

Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dalam satu garis lurus.




Dalam keadaan ini,Bulan menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi.Bayang-bayang Bulan menutupi sebahagian permukaan Bumi.Ini menyebabkan kawasan Bumi itu mengalami keadaan gelap seketika.


Kawasan Bumi yang diliputi oleh kawasan penumbra seperti kawasan B dan D mengalami gerhana Matahari separa.


Kawasan Bumi yang diliputi oleh kawasan umbra seperti kawasan C mengalami gerhana Matahari penuh.


Tempoh berlakunya gerhana Matahari adalah singkat.Ini adalah kerana saiz bulan lebih kecil daripada Bumi. Oleh itu, bayang-bayang Bulan yang terhasil lebih kecil.


Gerhana Matahari hanya dapat diperhati di beberapa kawasan Bumi yang mengalami siang hari.



GERHANA BULAN

Gerhana Bulan


Gerhana bulan terbentuk apabila Bumi berada di antara Matahari dengan bulan dalam satu garis lurus.


Dalam keadaan ini, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Bayang- bayang Bumi menutupi bulan. Ini menyebabkan Bulan tidak kelihatan beberapa lama di langit.



Apabila Bulan dalam kawasan penumbra- kedudukan Q dan S,gerhana separa berlaku.


Apabila Bulan berada dalam kawasan umbra seperti kedudukan R,gerhana Bulan penuh berlaku.


Tempoh berlaku gerhana Bulan  penuh adalah lebih lama daripada gerhana matahari.
Ini adalah kerana Bumi lebih besar daripada Bulan. Oleh itu,kawasan liputan bayang-bayang Bumi yang terhasil lebih luas dan tempoh Bulan berada dalam kawasan bayang-bayang lebih lama.




Gerhana Bulan dapat diperhati di kawasan Bumi yang mengalami malam sahaja.

KEJADIAN GERHANA

“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam,ada tanda-tanda bagi orang yang berakal ”.Surah ali Imran ayat 190.


Bulan beredar mengelilingi Bumi dan Bumi beredar mengelilingi Matahari.Ada ketikanya ketiga-tiga jasad ini berada dalam satu garis lurus.Kejadian ini menyebabkan gerhana berlaku.




Sebenarnya gerhana berlaku kerana 2 sifat cahaya :
a) cahaya Matahari bergerak lurus.
b) cahaya Matahari tidak dapat menembusi objek legap.


Bumi dan Bulan bersifat legap.Apabila cahaya Matahari tidak dapat menembusi Bumi dan Bulan,bayang-bayang terbentuk.


Terdapat dua jenis bayang-bayang Bulan dan Bumi  yang terbentuk :
a) kawasan umbra - bayang-bayang lengkap dan gelap.
b) kawasan penumbra - bayang-bayang tidak lengkap dan malap.


Terdapat dua jenis gerhana iaitu :
a) gerhana Bulan
b) gerhana Matahari.





Tuesday, 6 December 2011

WAJAH BULAN

Wajah Bulan

Semasa Bulan mengorbit Bumi ,ia berputar seperti gasing.Masa yang diambil untuk mengelilingi Bumi sama dengan masa yang diambil untuk berputar.Sebab itulah kita melihat permukaan Bulan sentiasa sama, yang dinamakan 'sisi dekat'.



Fasa Bulan

Bulan tidak mengeluarkan cahaya .Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari.Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam,bentuknya berbeza-beza dari semasa ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam ,Bulan langsung tidak kelihatan di langit.


Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi,bahagian yang disinari Matahari,iaitu bahagian yang kita lihat,akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan satu siri fasa. 





Urutan kejadian fasa Bulan :
Fasa Bulan terdiri daripada anak Bulan,Bulan sabit,Bulan separa, dan Bulan purnama.


 Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelap 
menghadap Bumi.Jadi,Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat 
dilihat di langit malam.


Fasa Bulan  selepas anak bulan ialah bulan sabit baru.Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya  Matahari yang menghadap Bumi.


Semakin lama,semakin besar permukaan Bulan yang diterangi 
oleh cahaya Matahari menghadap Bumi.Jadi fasa Bulan 
beransur-ansur beralih ke Bulan separa,purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.


Semasa Bulan Purnama,keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.


Kemudian,semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi.Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.


Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29.53 hari.Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.




Takwim Qamari


Kejadian fasa Bulan digunakan untuk menentukan masa  dalam takwim Qamari.


Secara umumnya,kemunculan fasa Bulan berdasarkan takwim Qamari adalah seperti berikut :



Anak Bulan    
Hari Pertama     
Bulan separa
Hari ke 7             
Bulan Purnama  
Hari ke 14/15       
Bulan separa 
Hari ke 21         
anak Bulan
hari terakhir
29.53 hari


Keindahan Sinaran Bulan


Bayangkan keadaan langit malam sekiranya tidak ada Bulan. Langit akan kelihatan gelap gelita.Malam akan terasa sunyi dan sepi.


Kita sepatutnya bersyukur dan menghargai kehadiran Bulan yang bercahaya di langit malam.


Sinaran Bulan di langit malam yang gelap sememangnya indah.Seseorang yang merenung ke langit malam yang diterangi oleh sinaran Bulan akan beras aman,tenang dan menyedari kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.



Monday, 5 December 2011

BULAN BAGI BUMI

Bulan ialah jiran kita yang terdekat di angkasa lepas.Bulan ialah satelit semulajadi Bumi.Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari.Bulan



Bulan mempunyai saiz yang jauh lebih kecil daripada Bumi.Diameter Bulan hanya ¼ diameter Bumi bersamaan 3,476 kilometer.


Bulan yang beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.





Oleh kerana saiz Bulan adalah kecil , tarikan graviti Bulan hanya  1/6 daripada tarikan  graviti Bumi. Jadi angkasawan terasa lebih ringan apabila berada di Bulan. Tarikan graviti Bulan yang lemah tidak mampu memerangkap udara dan wap air.Maka Bulan tiada air dan udara.


Permukaan Bulan.
Ahli sains pertama yang mengkaji permukaan Bulan melalui teleskop ialah Galileo Galilei ,seorang ahli Sains Itali.


Pada tahun 1969,manusia berjaya menjelajah ke Bulan buat pertama kalinya.Tiga orang angkasawan Amerika telah mengembara ke Bulan dengan kapal  angkasa Apollo II.Angkasawan pertama menjejakkan kaki ke Bulan ialah Neil Armstrong.


Permukaan Bulan terdiri daripada :
a) dataran rata yang luas dan berdebu
b) gunung berbatu yang tinggi
c) kawah yang besar
d) batuan


Di bulan tidak terdapat udara atau air,tanahnya berbatu,penuh dengan pasir halus ,kering dan berdebu.


Terdapat berjuta-juta   kawah yang besar terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet dan meteoroid.Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada antara kawah di bulan yang berusia berjuta-juta tahun dahulu.


Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.Ketiadaan air dan udara di bulan menyebabkan suhu siang harinya boleh mencecah 120 darjah Celcius.Suhu malam harinya boleh menurun hingga - 155 darjah Celcius.



Rujukan : http: //ms.wikipedia.org

MATAHARI YANG HEBAT

Matahari yang Hebat
Matahari sejak dari zaman dahulu hingga hari ini suatu yang amat dikagumi kerana kehebatannya. la dianggap hebat kerana saiznya yang sangat besar dan menyinari seluruh alam.

Matahari memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan. Ini disebabkan Matahari telah ditugaskan  sebagai pembekal tenaga kepada semua bentuk kehidupan, samada manusia, haiwan atau tumbuhan, kecil atau besar.




Kehidupan bergantung kepada tenaga matahari samada secara langsung atau tidak langsung. Kebanyakan kehidupan bergantung kepada tumbuhan. Tumbuhan diberi kelebihan oleh untuk menggunakan tenaga dari matahari secara langsung, ia boleh menukar tenaga dari matahari yang dinamakan proses fotosintesis. Hasil dari fotosintesis, tumbuhan hidup dan
tenaga matahari tersimpan dalam bentuk kimia dalam tumbuhan.


Semua yang dimakan atau diambil oleh kita atau  haiwan adalah berasal dari tenaga matahari secara tidak langsung. Tenaga matahari tersimpan di dalam organisma hidup.


 Sekiranya semua tumbuhan di Bumi ini mati, semua haiwan akan mati. Ahli sains berpendapat pada 65 juta tahun lalu, mendapati fosil spesies haiwan yang telah pupus disebabkan oleh hentaman asteroid menyebabkan Bumi diselubungi kegelapan, menyebabkan tumbuhan mati dan
akhirya haiwan mati.

Tenaga matahari yang sampai ke Bumi juga membolehkan cuaca Bumi sesuai untuk kehidupan tidak terlalu sejuk dan panas, membolehkan  kebanyakan air kekal sebagai cecair. Tenaga matahari disebarkan ke seluruh permukaan bumi oleh angin permukaan dan arus lautan.

Rujukan : http: //www.muftiselangor.gov.my

MATAHARI

Bintang Berapi
 Matahari ialah pusat Sistem Suria. Matahari ialah satu –satunya bintang dalam Sistem Suria.Ia merupakan bintang bersaiz sederhana dan merupakan objek yang paling besar dalam Sistem Suria. Ia sangat besar sehinggakan Bumi boleh dimuatkan ke dalamnya sebanyak sejuta kali.




Ciri-ciri Matahari
Matahari berbentuk sfera yang besar. 
Diameter matahari ialah lebih kurang 100 kali lebih besar daripada Bumi.
Jisim matahari ialah lebih kurang 300 000 kali lebih besar daripada jisim Bumi.
Oleh yang demikian,tarikan graviti matahari ialah lebih kuat daripada tarikan graviti Bumi!
Suhu dipermukaan matahari ialah 6000 darjah Celsius, 
manakala suhu dipusatnya boleh mencapai 15 000 000 darjah Celsius.
Matahari merupakan bebola raksasa yang sentiasa terbakar dan memancarkan cahayanya sendiri.

Matahari merupakan sumber tenaga haba dan cahaya bagi seluruh Sistem Suria .
Bumi bergantung kepada sumber tenaga haba dan cahaya daripada Matahari untuk menampung kehidupan.
Matahari berputar pada paksinya dari timur ke barat dan mengambil masa 27 hari untuk membuat satu putaran lengkap.



Rujukan : http: //www.tutor.com.my

BIMA SAKTI

Galaksi Bima Sakti ( Milky Way )

Galaksi Bima Sakti atau pun Milky Way merupakan galaksi yang didiami oleh kita sekarang.Kita terletak di dalam galaksi Bima Sakti yang besar .

Jika dilihat dari angkasa galaksi kita, seperti sebuah ceper yang berpintal yang memerlukan 100,000 tahun cahaya untuk merentasinya.Jika kita melihat Galaksi Bima Sakti dari tepi pula,ia kelihatan seperti cakera nipis yang bersinar dan terbonjol di tengahnya.Ketebalan cakera ini kira-kira 3000 tahun cahaya.Matahari kita berada kira-kira 25,000 tahun cahaya dari pusat Bima Sakti.




Para astronomi mendeskripsi galaksi Bima Sakti sebagai galaksi spiral,lebih kurang berbentuk seperti lingkaran ubat nyamuk.Bima Sakti mempunyai pusat galaksi yang diibaratkan seperti cawan dan lengan-lengan berupa struktur melingkar yang keluar dari pusat graviti.






Rujukan :http://astronomi-falak.blogspot.com

SISTEM SURIA

Sistem Suria


Sistem Suria merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam Galaksi Bima Sakti.Bumi ,Matahari dan Bulan ialah sebahagian daripada Sistem Suria .Ia dinamakan Sistem Suria kerana semua benda bergerak mengelilingi Matahari , dan Suria pula bermaksud “Matahari ”.


Terdapat lapan planet dalam Sistem Suria dan Bumi merupakan salah satu daripadanya.Kebanyakkan planet mempunyai bulan mengelilinginya.



Sistem Suria bukan sahaja terdiri daripada Matahari,planet dan bulan,malah terdapat juga planet kerdil ,asteroid,meteoroid ,debu dan gas.

Semua planet dalam Sistem Suria bergerak mengelilingi Matahari di ruang angkasa. Tempoh masa yang diambil oleh sesebuah planet mengelilingi Matahari dalam satu kitaran disebut sebagai satu tahun.


Tarikan graviti
Daya yang menarik benda ke arah satu sama lain dinamakan graviti.Jika kamu melambungkan bola ke udara,gravitilah yang menariknya ke bawah.Graviti Matahari memastikan planet berada pada kedudukan masing-masing .Jika tiada graviti,Bumi akan jatuh dan pecah berkecai manakala kamu pula akan tercampak ke udara.


Mengelilingi Matahari


Bumi bergerak mengelilingi Matahari selama 365 hari. Semakin dekat jarak planet dengan Matahari,maka semakin pendek orbitnya.Oleh itu ,ia mengelilingi Matahari dengan lebih cepat.Setahun di Utarid ialah 88 hari.




Siang dan Malam


Setiap planet berputar pada paksinya sendiri,maka terjadilah siang dan malam.Di planet lain,panjang waktu siang dan malamnya berbeza daripada di Bumi. Waktu siang di Zuhrah adalah 243 kali lebih lama daripada yang kita alami.



Rujukan :Mike GoldSmith,Siri Penerokaan Sains Sistem Suria,ITNM

Sunday, 4 December 2011

EMPAT MUSIM DALAM SETAHUN

Empat Musim dalam Setahun

Pada ketika Bumi berputar pada paksinya ,ia juga beredar mengelilingi matahari.Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya.Orbit adalah laluan yang diikuti oleh planet atau bulan  mengelilingi sesuatu jasad ;seperti Bumi mengorbit matahari.Sama seperti planet dalam Sistem Suria ,orbit Bumi berbentuk elips atau bujur.







Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun.Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah negara-negara Kanada,Amerika Syarikat,China dan Jepun.



Bumi mengambil masa  365.25 hari untuk melengkapkan satu pusingan lengkap mengelilingi matahari.Pusingan lengkap ini menghasilkan 4 musim iaitu musim dingin,panas,bunga dan luruh.