I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 26 November 2011

MAGNET YANG BESAR

Magnet yang Besar


Di dalam Bumi terdapat besi cair.Apabila berputar,Bumi menyebabkan besi tersebut berubah seperti magnet dengan adanya Kutub Utara dan Kutub Selatan.Proses ini juga berlaku pada magnet kompas yang menyebabkan jarum penunjuk mengarah ke Kutub Utara dan Selatan.Magnet Yang Besar




Cara Membuat Kompas


SIANG DAN MALAM


Siang dan Malam
Ia menciptakan langit dan Bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar ; Ia pula menjadikan malam melingkari siang ( dengan gelapnya ) , dan menjadikan siang melingkari malam( dengan cahayanya ) : Surah Az-Zumar : 5 


Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam berlaku.


Pada sebarang masa,hanya separuh daripada permukaan Bumi menerima sinaran matahari.Permukaan Bumi yang menerima sinaran matahari mengalami waktu siang.
Separuh permukaan Bumi lagi terlindung daripada cahaya Matahari.Permukaan Bumi yang tidak menerima cahaya matahari mengalami waktu malam.


Bumi sentiasa berputar pada paksinya .Siang dan Malam

Jadi, kawasan yang mengalami siang akan beransur-ansur menjadi malam.Sebaliknya kawasan yang mengalami malam akan beransur-ansur menjadi siang.Dengan ini,sesuatu kawasan akan mengalami siang dan malam secara silih berganti.


Oleh kerana Bumi berputar dari barat ke timur,

Maka Matahari kelihatan terbit di timur, dan terbenam di barat.Ini bermakna ,Matahari seolah-olah naik dari timur pada waktu pagi,berada di tengah langit pada waktu tengah hari, dan turun ke barat pada waktu senja.






PUTARAN BUMI

Bumi bagaikan sebiji gasing yang sangat besar.Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.Kita tidak merasakan kelajuan putaran bumi kerana saiz Bumi adalah amat besar.Bumi tidak berputar tegak seperti gasing tetapi condong sedikit ke satu arah. Bumi mengambil masa 24 jam untuk menyempurnakan satu putaran .tempoh masa ini dikenali sebagai satu hari.


Bumi berputar di atas kutubnya.
Bumi berputar pada dua titik di permukaannya.Titik tersebut bertentangan di antara satu sama lain di kedua-dua hujung Bumi.Satu di bahagian atas Bumi yang dikenali sebagai Kutub Utara.Satu lagi di bahagian bawah Bumi dikenali sebagai Kutub Selatan.Cuaca di Kutub Utara dan Kutub Selatan sangat sejuk kerana permukaan kedua-dua kutub ini diliputi ais dan salji.



Pergerakan Bumi
1.Putaran Bumi pada paksinya
2.Peredaran Bumi mengelilingi Matahari pada orbitnya.
3.Putaran Bumi pada paksi yang condong pada sudut 23 ½ 0
  pada satah tegak.
4.Bumi berputar dari barat ke timur menyebabkan matahari
  terbit dari sebelah timur dan terbenam di barat.
5.Satu putaran Bumi mengambil masa 24 jam.



BENTUK BUMI

Pada zaman dahulu ,manusia mempercayai bahawa Bumi kita berbentuk leper dan rata.Manusia tidak berani belayar jauh merentasi lautan kerana takut akan terjatuh dari tebing Bumi.




Sebenarnya ................ Bumi berbentuk sfera seperti sebiji bola.

Monday, 21 November 2011

FENOMENA ALAM

Apabila kita bergerak semakin jauh ke dalam Bumi suhu akan meningkat kira-kira 3 darjah Celcius setiap 100 meter, tekanan juga akan semakin meningkat.


Keadaan dalam Bumi ini menimbulkan pelbagai fenomena alam seperti  kolam air panas, letusan gunung berapi dan gempa bumi.

KOLAM AIR PANAS
Kolam air panas biasanya terjadi akibat pemanasan air di bawah tanah oleh magma.

 Magma yang panas akan memanaskan air yang mengalir di bawah tanah.

 Sesetengah air yang telah dipanaskan itu  mengalir keluar melalui  rekahan pada permukaan Bumi lalu bertakung menjadi kolam air panas.

Sesetengah air di bawah tanah pula menjadi amat panas sehingga mendidih.


Di Malaysia terdapat beberapa kolam air panas seperti di Pedas ,Negeri Sembilan,Tambun Perak dan Sungkai  di Perak.




Geiser pula biasanya terdapat di kawasan gunung berapi seperti di New Zealand.
Air yang mendidih dan stim yang dihasilkan itu berada di bawah tekanan yang amat tinggi,lalu terpancut keluar ke udara.Pancutan air panas ini disebut geiser.


L ETUSAN GUNUNG BERAPI

Gunung berapi ialah suatu rekahan  pada kerak bumi.Ia terbentuk akibat letusan gunung berapi.Gunung berapi biasanya terjadi di kawasan kerak bumi yang lemah.





Lapisan mantel mengandungi magma yang terdiri daripada batuan lebur.
Tekanan di lapisan mantel adalah amat tinggi.
Magma itu pula sentiasa bergerak.
Jadi apabila terdapat kawasan kerak bumi yang lemah di atas lapisan mantel,magma akan mengalir melalui rekahan pada kerak bumi itu lalu memecahkannya.
Magma itu akan ditolak ke atas dengan kuat menuju permukaan kerak bumi lalu meletus.Letusan inilah yang dipanggil letusan gunung berapi.


Cara membuat letusan gunung berapi


Semasa letusan gunung berapi ,magma, gas panas,stim,batuan pejal dan abu panas dikeluarkan daripada lapisan dalam Bumi.
Magma yang mengalir keluar ke permukaan bumi disebut lava.
Lava yang amat panas ini boleh menyebabkan kebakaran serta kemusnahan nyawa  dan harta benda.



Apabila lava menyejuk,ia kan membeku dan menjadi batuan keras.
Jadi,lereng-lereng gunung berapi sebenarnya terbentuk akibat pembekuan lava yang mengalir.

Tuesday, 15 November 2011

LAPISAN BUMI

Bumi berasal daripada apa ?
Ahli Sains berpendapat bahawa Bumi terbentuk daripada segumpalan besar awan yang berisi gas dan debu,kira-kira 4500 tahun yang lalu.Bintang yang berhampiran dengan awan itu meletup dan menyebabkan awan itu berputar.Gas terkumpul tengah awan dan membentuk matahari.Debu berpusar di sekeliling Matahari dan bergabung untuk membentuk ketulan batu.Pada masa yang sama,ketulan batu itu berlanggar antara satu sama lain dan membentuk planet. Bumi merupakan salah satu daripada planet tersebut.




Bumi terdiri daripada 3 lapisan, iaitu :
  • Kerak- lapisan paling luar Bumi
  • Mantel- lapisan di bawah kerak
  • Teras- lapisan paling dalam Bumi dan terbina daripada teras luar dan teras dalam 


Pakar sains percaya Bumi mempunyai kerak besi yang mempunyai suhu 7500 0C.Ia jauh lebih panas daripada suhu permukaan matahari.Tetapi kta tidak pernah merasa sedikit pun kepanasan ini.Lapisan kerak Bumi menghalang kita daripada kepanasan itu.Dia jadikan lapisan kerak Bumi cukup tebal untuk menghalang kepanasan ini menembusinya.

Terdapat banyak bahagian yang berbeza di dalam Bumi.

Bahagian tersebut ialah bahagian batuan nipis , batuan kerak ,bahagian tengah yang padat yang disebut mantel ,dan bahagian pusat yang disebut teras. Bahagian luar teras terdiri daripada cecair tetapi bahagian dalam teras terdiri daripada logam yang padat.



Di tengah- tengah bahagian dalam Bumi terdapat bebola logam  yang sangat besar yang dikenali sebagai teras dalam.

Teras dalam berukuran 2,500 km lebar dan kebanyakannya berasal daripada besi dengan sedikit nikel. Suhu bebola itu sangat tinggi, iaitu 6,000 oC – kepanasan yang cukup untuk mencairkan logam. Bagaimanapun, Bumi dan isinya tidak cair kerana terdapat bahagian lain di dalam Bumi yang mengurangkan suhu yang sangat panas ini.

Di sekeliling bahagian tengah Bumi, terdapat lapisan cecair besi dan nikel yang mengalir panas.

Lapisan ini ialah teras luar dan tebalnya adalah kira- kira 2,200 km. Apabila Bumi berputar ,lapisan bebola logam dan cecair ini akan bergerak pada kelajuan yang berbeza.


Bahagian dalam Bumi yang paling besar ialah lapisan yang dikenali sebagai mantel, iaitu setebal 2,900 km.

Mantel ini terletak di antara teras dengan kerak Bumi. Mantel yang berdekatan dengan kerak Bumi berasal daripada batuan yang bergerak perlahan. Contohnya apabila kamu menekan tiub ubat gigi yang tidak berpenutup, ubat gigi itu akan bergerak sedikit sama seperti pergerakan batuan didalam bahagian mantel atas.

Permukaan Bumi diliputi oleh kerak Bumi.

Daratan terdiri daripada kerak benua setebal antara 20 hingga 70 km. Kebanyakannya terhasil daripada batuan yang dipanggil granit. Dasar samudera terbentuk daripada kerak lautan setebal kira- kira 8 km.Kebanyakannya berasal daripada batuan yang dikenali sebagai basalt.

Kerak Bumi terbahagi kepada kepingan tebal batuan yang disebut plat.

Hampir semua plat mempunyai daratan dan laut di atasnya tetapi sesetengah plat, seperti Plat Pasifik, hamper keseluruhannya diliputi oleh air .Kawasan daratan yang paling luas di atas plat disebut benua. Terdapat tujuh buah benua ,iaitu Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Oseania dan Antartika.


Rujukan: 100 perkara kamu patut tahu tentang Bumi
            Peter Riley (ITNM)








Monday, 14 November 2011

PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA






TARIKAN GRAVITI BUMI

Bumi kita mempunyai daya tarikan graviti.Daya tarikan graviti ialah daya yang menarik semua objek ke pusat Bumi. Tarikan graviti Bumi menyebabkan :

a) semua objek di Bumi mempunyai berat.
b) semua objek yang dilepaskan daripada pegangan akan jatuh ke bawah.
    Jadi , semua objek dilambung ke atas akan jatuh ke tanah semula.

Tarikan graviti Bumi juga menarik udara di atmosfera dan air di lautan supaya tidak terlepas ke angkasa lepas.
Malah ,daya tarikan graviti Bumi juga menyebabkan kita berupaya berdiri tegak di permukaan Bumi dan tidak terapung-apung di udara.

Tanpa daya tarikan graviti Bumi ,semua objek akan terapung-apung.Apabila sesuatu objek berada semakin jauh dari Bumi,Tarikan graviti Bumi menjadi semakin lemah.

Jadi angkasawan  terapung-apung di angkasa lepas kerana tiada tarikan graviti Bumi.

Sunday, 13 November 2011

SAIZ BUMI



Pernahkan kita berfikir berapa besar saiz bumi yang kita tinggal ini jika dibandingkan dengan planet-planet lain yang ada di cakerawala ini.



Perbandingan Saiz Bumi dan Bulan





Perbandingan Saiz Bumi dengan planet-planet lain



ATMOSFERA BUMI




“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan  bagimanana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat ”.Surah Nuh : 15

Lapisan udara di sekeliling bumi dikenali sebagai atmosfera.Atmosfera terdiri daripada tujuh lapisan.Setiap lapisan terdiri daripada gas berbeza-beza, semuanya berada dalam keadaan harmoni.







Setiap satu daripada tujuh lapisan yang terdapat di dalam atmosfera Bumi mempunyai kepekatan dan fungsi yang berbeza.Allah cipta atmosfera yang merupakan perisai perlindungan untuk Bumi.

Atmosfera adalah salah satu keperluan untuk hidup di bumi.Gas-gas yang membentuk atmosfera penting untuk kehidupan manusia.Jika atmosfera tidak wujud,hidupan tidak dapat hidup dan kerana itu tiadalah hidupan di Bumi.Atmosfera mengandungi 78 % gas nitrogen,21 % gas oksigen dan selebihnya 1 % gas karbon dioksida dan sebahagian kecil gas-gas lain.

Selain itu, atmosfera  membolehkan haba dan cahaya yang diperlukan daripada matahari masuk, tetapi menghalang sebahagian besar sinaran suria yang berbahaya.
Fungsi lain atmosfera ialah memelihara Bumi kita daripada ancaman –ancaman dari angkasa lepas , seperti meteor.Atmosfera menghalang meteor daripada jatuh ke Bumi dan merosakkannya.





     


Friday, 11 November 2011

PLANET BIRU







Bumi kelihatan sangat besar dari langit .Apabila dilihat dari bulan ,planet kita kelihatan biru kerana 71 peratus planet kita dilitupi air.


 Mari kita kaji beberapa kesimbangan yang Allah, pencipta jadikan planet kita dan menyaksikan kekuatan- Nya yang tidak terbatas.













BOLA DINAMIK


Bola ini  ialah planet batuan paling besar.Ia merupakan dunia dinamik yang penuh dengan hidupan.Planet kita mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik.Ia adalah satu-satunya tempat yang mempunyai hidupan.Atmosfera Bumi yang kaya dengan oksigen dapat  menyokong hidupan.Kehidupan di bumi sungguh selesa dengan suhu purata 15 o C. Ciri ketiga yang unik dan membolehkan air wujud dalam bentuk cecair.Malah Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai air di permukaannya.Ciri unik yang keempat ialah kerak,iaitu lapisan batuanm yang meliputi Bumi.Ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kerak yang terbahagi kepada bahagian yang bergerak,yang berlanggar atau terpisah lalu mengubah bentuk permukaannya.




BUMI KITA



Selamat datang ke planet Bumi,tempat tinggal kita.Sebiji bola batuan yang menakjubkan dengan ukuran diameter 12,756 km,terletak 149.6 juta km dari matahari dan berputar mengelilinginya setiap 365.25 hari pada kelajuan hamper 30 km / saat.Berat Bumi ialah 6000 juta,juta ,juta tan.