I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 14 December 2011

PLANET YANG IDEAL

Sedar atau tidak bumi yang kita diami merupakan sebuah planet yang paling sesuai untuk kehidupan.Terdapat banyak sistem kompleks yang sempurna dan berlaku tanpa henti. Ia telah disebut dalam al-Quran sebanyak 450 kali dengan penjelasan yang begitu menakjubkan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " Dan jika kamu bertanya kepada mereka :  Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Nescaya mereka akan menjawab : " Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan  Dia membuat jalan di atas bumi untuk kami supaya kamu mendapat petunjuk . " ( Surah al-Zukhruf 43 " 9 - 10 )



Tuesday, 13 December 2011

BURUJ



Kamu tentu pernah melihat banyak bintang yang berkelip di langit pada waktu malam.Sebenarnya ,terdapat banyak bintang lain seperti matahari di angkasa lepas.Cuma, Matahari merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi kita.


Jika kamu perhatikan dengan teliti,terdapat gugusan bintang yang seolah-olah membentuk suatu corak tertentu.Gugusan bintang itu dipanggil buruj.


Sebenarnya,kedudukan bintang-bintang itu secara kebetulan membentuk suatu corak tertentu apabila bintang-bintang itu disambungkan.






Contohnya buruj yang menyerupai bentuk haiwan  ialah :
Skorpio (kala jengking) .






Buruj Biduk : bentuk beruang












Buruj Belantik pula menyerupai bentuk seorang pahlawan.


















Buruj Pari pula berbentuk palang.














Buruj sebagai penunjuk arah
Buruj dapat membantu manusia menentukan arah dengan bertindak sebagai kompas.Pelaut dan pengembara zaman dahulu sentiasa merujuk kepada buruj sebagai penunjuk arah.


Ada buruj yang sentiasa menunjuk ke suatu arah tertentu.
Contohnya buruj Biduk mempunyai sebiji bintang yang sentiasa menuju ke arah utara.


Bintang di hujung buruj Pari pula sentiasa menuju ke arah selatan.




Sunday, 11 December 2011

AHLI LAIN DALAM SISTEM SURIA


ASTEROID

Asteroid adalah objek terapung di angkasa yang terdiri daripada campuran batu dan logam.


Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.Ada asteroid sekecil batu kelikir dan ada yang sebesar separuh Bumi.

Asteroid bergerak mengelilingi Matahari dan juga dikenali planet kecil.

Kebanyakkan asteroid bergerak dalam orbit antara planet Marikh dengan Musytari.Kawasan ini dikenali sebagai jalur asteroid.






METEOROID,METEOR DAN METEORIT


Meteoroid adalah batu berlogam yang terapung-apung dalam Sistem Suria.Meteoroid mempunyai pelbagai saiz.




Apabila meteoroid terapung terlalu dekat dengan Bumi,meteoroid akan ditarik masuk ke dalam atmosfera Bumi dengan daya tarikan graviti Bumi.


Meteoroid yang memasuki ruang atmosfera Bumi dikenal meteor.


Geseran antara meteor itu dengan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu terbakar.Ini menghasilkan satu coretan cahaya dilangit.Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.



Ada meteor yang habis terbakar sebelum mencecah permukaan Bumi.Meteor yang tidak habis terbakar dan berjaya sampai ke permukaan Bumi dikenal sebagai meteorit.


Meteorit yang terhempas di permukaan Bumi membentuk lubang yang dipanggil kawah.


Arizona , Amerika Syarikat pernah dihempap oleh meteorit.